Luahanku!
Busy!Homework time
BADARIAH KAKAK: January 2014

Thursday

7 mata yg dicintai oleh ALLAH SWT


mari kita sama2 amalkn supaya ALLAH SWT mencintai kita :D

bacaan ketika makan

 assalamuaikum n salam jumaat..semoga u all sihat sejahtera..pada tgh ari nie bada nk share entry sal santau..ketika nk makan sesuantu or nk minum anda boleh bce doa di bawah nie...supaya x terkena santau...semoga doa nie bermanfaat kepada kalian semua


Kepentingan kaum hawa' menutup aurat dan berhijab

Firman Allah SWT  : Wahai nabi,suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri -isteri oang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan pakaian,menutup ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai perempuan yang baik-baik maka dgn itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lgi Maha Penyayang (AL-AHZAB : 59)

Berdasarkan firman ini Allah SWT menyuruh kita menutup aurat dgn betul...banyak kelebihan jika kita berhijab antaranya :
> ALLAH SWT sayang kepada umatnya yang pandai menjaga aurat dan batas pergaulan
> kita akan nampak lebih ayu,sopan dan lebih cantik
> dapat pahala tetapi lebih berganda pahalanya bila kita menutup aurat dgn seikhlas hati
> tanda awal menjadi insan yang bertakwa dan beriman
> tidak perlu menukarkn pakaian atau memakai telekung solat jika aurat kita tidak terdedah,terus shja solat     menggunakan pakaian yang kita pakai jika todak terdedah aurat dan terkena kotoran
> jika kita melabuhkan lg hijab yang dipakai,kita mengikut syariat,bermakna kita melakukan sunnah
> satu dakwah
> bantu kaum adam menjaga mata mereka.

MALANG ye,zaman sekarang (zaman serba canggih nie)  kepentingan behijab dipandang serong terutama di kalangan masyarakat kita. Kepentingan berhijab bagi saya, mengukuhkan martabat maruah seorang perempuan.Ingin kecantikan kita tidak perlu nk mempamerkan aurat kita kepada semua orang cukup lah kita mepamerkan kepada sang SUAMI kita pada masa akan datang. DIsamping itu,berhijab melindungi kita dari kejahatan atau maksiat di sekeliling kita, bila kita berhijab and menutup aurat kita akan rasa diri kita lebih selamat dari kejahatan. SEKIAN THANKS :D



Sunday

KELUASAN NERAKA YG AMAT DASYAT

1.neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.setiap tingkat m'punyai 70,000 daerah
 3.setiap daerah m'punyai 70,000 kmpg
4.stiap kampuwmg m'punyai 70,000 rumah
5.stiap rumah m'punyai 70,000 bilik
6.stiap bilik m'punyai 70,000 kotak
7.setiap kotak m'punyai 70,000 btg pkok zarqum
8.di bwh stiap pokok zarqum m'punyai 70,000 ekor ular
9.didlm mlt stiap ular y pnjg 70 hasta mengandungi lautan racun y hitam pekat
10.juga d bwah rtiap pokok zarqum m'punyai 70,000 rantai
11.setiap rantai DISERET oleh 70,000 MALAIKAT Al-Quran surah Al-Baqarah ayt 159. ''sesunguhnya orang2 y menyembunyikan apa y telah kami turunkan dari keterangan2 dan petnjuk hidayat,sesudah kami menerangkannye kpda manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

#masyallah

rupa paras sama saje...semua comel :D

Ingat lah , Bila kite menghina rupa paras fizikal seseorg , sama juga kite telah menghina ciptaan ALLAH SWT . Astagafirullah Al Azim . jaga lidah jaga hati :D

Apa hukum perempuan yang mengandung anak luar nikah, berkahwin?

Ada orang tanya.
Bukan dalam facebook.
Dalam whatsapp.

Apa hukum perempuan yang mengandung anak luar nikah, berkahwin?.

Agak menggatal jugalah kepala ni nak jawab.
Sebab leni, heboh tersebar artikel dalam whatsapp tentang berzina seumur hidup.

Haram ke sah?. Buntu. Kita pun carilah ustaz azhar.

Ini jawapan ustaz.
Hukum pada mazhab hanbali dan maliki : Haram, xsah.
Hukum pada mazhab hanafi dan syafie : Sah.

Perempuan tu mengandung anak luar nikah. Mana ada iddah. Jadi bolehlah kahwin. Yang tak boleh kahwin, perempuan yang dalam iddah.

Selesai?

Saturday

Gadis Mengandung selepas Pakai Selimut Adik Lelaki

Masyallah , benda mcm nie mintak  dijauhkn...hope kaum hawa' mahupun adam..ambik iktibar dari perkongsian ini :]..benda2 mcm nie memng x terjangka n boleh berlaku bila-bila saje



Friday

LuAhAn PeRaSaAn Ku... :D *keep smile even you were sad*


"tanda kebodohan ialah menyia-nyiakan waktu,menangguhkn taubat,memusuhi ibubapa & menyebarkan rahsia... "

terkilan dgn kata2 itu...bkn terasa tp mmbuatkn diriku sedar bahwa "statement" trsebut sgt kene dgn diri aku..
menyia-nyiakn waktu - keje koloh x wak..rela tgk tv n main fb,tweet,blog...
lmbt2kn solat...astaghfirullah...

menangguhkn taubat- kata nk berubah smpai skang mseh lagi dgn ICE...boley je nk ICE tp agak2 rr....*trserlah sgt aku yg undang dosa tu*

memusuhi ibubapa- selalu mmbnth, melawan, x ikut nape wk umi n abah suruh wk....anak jenis mndew aqw gnim ??
menyebarkan rahsia- Alhamdulillah...aqw mseh lg blum smpai tahap nim...semua rahsia org djaga ngn baek...tp x au laa kalu aqw x sdr...tp besenye kalu org suruh aqw rhsiakn mende yg die kbo..aqw x igt dh...* cepat lupa*

"Ya Allah, bantulah hambamu ini berubah! bile aku nk buat dose 2...timbulkn lah kalimah ALLAH dlm igtan ku..supaya aku dpt menyedari bahwa SYAITAN telah mengawal diriku....amin ya robbal alaminnn "

Thursday

Salji turun di Terengganu

klu lh salji nie benar2 turun,ini semua kuasa ALLAH SWT..kita tidak thu sama ad berita ttg salji akn turun di terengganu 2 benar atau tidak..nie semua hanye ramalan semata-mata.

#semua nie ALLAH SWT merancang. :D





Sunday

SIAPAKAH MANUSIA YANG PALING KACAK DICIPTAKAN OLEH ALLAH??


Assalamualaikum..

Jika kita ditanya, siapakah nabi Allah yang paling kacak di dunia?)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mesti ramai yang akan menjawab Nabi Yusuf yang paling kacak.. Sebenarnya, ada lagi satu fakta menarik yang kita tidak pernah ketahui sebelum ini.. Ia diceritakan oleh seorang ustaz..
.
.
.
.
.
.
.
"ketampanan Nabi Yusuf mampu membuat wanita terpotong jarinya, tetapi ketampanan Nabi Muhammad sehingga tertusuk hati manusia apabila memandang wajahnya."

Ini adalah jawapan ayahanda saya apabila saya ditanyakan nabi Allah yang manakah paling tampan. Maknanya, Nabi Muhammad itu sendiri lebih tampan berbanding nabi Yusuf. Ia terbukti apabila ulama Yahudi itu sendiri memeluk Islam apabila pertama kali bersua muka dengan Rasulullah s.a.w lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
.
.
.
.
.
.
.
.
tetapi.. antara kedua-dua Nabi Allah itu, ade lagi seorang Nabi yang paling tampan yang telah dijadikan Allah di muka bumi ini iaitu, Nabi Adam a.s, bapa kepada seluruh umat manusia. Kalau nak tengok bukti dan kesan-kesan yang kita berasal daripada jenis yang sama ialah lihatlah pada warna kuku anda masing-masing. Ia berwarna putih kemerah-merahan bukan?? dan itulah warna kulit nabi Adam. Di antara peninggalan beliau yang berasal daripada syurga..

"An-Nisa [1] Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanyalelaki dan perempuan yang ramai."

Manusia paling tampan sekali adalah Nabi Adam sebab dia dihasilkan sendiri oleh Allah.

Ketampanan Nabi Yusuf adalah 1/8 dari ketampanan Nabi Adam.
Manakala ketampanan Nabi Muhammad S.A.W adalah 1/4 dari ketampanan Nabi Adam.

Bermakna, Nabi Muhammad lebih Tampan dari Nabi Yusuf walaupun lebih ramai yang mengetahui kisah ketampanan Nabi Yusuf sehingga mempesonanak Zulaikha.

Jangan lupa, lekukan diantara diatas bibir dan dibawah hidung adalah hasil daripada sentuhan jari Azazil kerana terlalu terpesona dengan kesempurnaan Nabi Adam sebelum ditiupkan roh keatasnya.

Thursday

Biodata diri

Assalamuaikum n selamat malam

mlm nie bada nk buat intro sikit sal bada hehehehe

Nama - Badariah binti Mohd Kmari
Umur - 15 tahun bru
Tempat tinggal - Terengganu Darul Iman
Makan kesukaan -semua suka tolak kayyu,batu n besi kecuali belancan,tempoyak,budu n seangkatan..makanan halal jew jdi pilihan
Minuman kesukaan - semua suka kecuali kalu nampk yg pelik n rse berlainan mmg x minum x kecuali jgk minuman haram (air kencing syaitan ) jgn disentuh umat seislm ku
Subjek kesukaan - semua suka tp yg lemoh english huhuhu
Guru paling sayang - of coz semua guru tp sesekali x suka jgk dgn cara guru yg ngajar bada
Hobi - suka layan novel,komik *pape jew layan semua tp bkn yg karut marut,layari internet *kuat berfb,blog n mcm *thn nie hidupkn semula blog yg x terisi ape pun
Cita-cita - Guru or pensyarah or doktor *klu layak lg nk
Sukan kegemaran - netball n basketball *biar pun permainan nie kebnykan llk main tp bada suka *x leh nk main selalu nanti semput coz ad masalah jantung..heheheh
Jenis barang suka kumpul - selendang,tudung,tudung layer n mcm 2 jenis lg,bju kurung, T-shirt,kemeja,kain kembang n seangkatan yew plg suka kumpul jubah..hehehe *bkn alim tp mencegah lebh baik n x seksa sgt kaum adam or hawa tgk..kih kih
Sekolah - Sekolah bada x berasrama x best asrama biarpun hidup berdikari tp bnyk jgk keluarkn bajet

P/S korang intro lh pulak blh kita eratkn silaturahim antara kita semua hehhehehehe...korang x yah tnye di mne bada sek n sek bada nama apa cukup thu setakat nie jew *sek kat tganu

Mengandung Gara-Gara Novel

ASSALAMUALAIKUM!
Diambil dari salah satu sahabat dalam FB yang post status ini :
PERKARA YANG PALING DITAKUTI SELAMA INI TERJADI JUA!!
Hal inilah yang sering saya dan kawan-kawan bercakap sejak terbaca novel yang ada unsur yang sepatutnya tidak ditulis atau tidak patut diolah dalam sesebuah buku bacaan . Saya tahu, novel yang ada unsur ini memang laris di pasaran. Tapi kita patut fikir akibat dan hukumnya kepada pembaca dan penulis sendiri. Jangan menulis hanya semata-mata nama!
Sebagai seorang pembaca/peminat tegar novel, memang banyak saya jumpa novel yang ada unsur begini. Kebanyakkannya masih terkawal. Tapi tetap ada juga novel yang tidak terkawal (mengolah hubungan intim suami isteri).
Patut diberi amaran keras kepada penulis dan pembaca. Tak kira penulis di buku atau blog atau mana-mana laman web/laman sosial. Jangan menulis cerita yang hanya untuk keseronokan diri dan pembaca. Kepada pembaca pula, pilihlah novel/buku bacaan yang tiada unsur yang tidak sepatutnya diolah dalam buku/novel.
PERINGATAN KEPADA SEMUA TERMASUK SAYA SENDIRI

Petua Cantik

Petua Kecantikan Semulajadi @ Tradisional

Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya.

1.Petua menjaga muka
Menghaluskan kulit muka
a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
Menegangkan kulit muka
a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.
Menghilangkan jerawat
a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.
Merawat kulit berkedut
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

2.Petua menjaga rambut
Mengelakkan rambut gugur
a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.
Menghilangkan kelemumur
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba!

Jangan pernah ber 'cinta-cintaan' ala setan yang seperti ïπï :

Jangan pernah ber 'cinta-cintaan' ala setan yang seperti ïπï :
1. Cinta ala Sundel Bolong Di depan manis, di belakang bohong.
2. Cinta ala Pocong Selalu melompat-melompat dari hati yang satu ke hati yang lain.
3. Cinta ala Toyol Ada wang abang sayang, takda wang abang ditendang.
4. Cinta ala Kuntilanak, tak tahu bila nikah tiba-tiba dia beranak.

Cinta itu fitrah: Tapi cintailah seseorang kerana Allah bukan kerana sesuatu nafsu.

Rahsia Kecantikan

Kalau kOrang nk Mehilangkan Parut muka
korang boleh gunakan Serbuk Kulit kayu manis

Step By Step

1.bacuhkan serbuk kayu manis dgn air tetapi tidak terlalu byk dan sikit !

2.sapukan dkt parut2 yg ad kat muka tuh

3. ia akn menjadi Pedih , , Tapi Thn2 laa ye !

3.Duduk dkt Tempat yg Sejuk

4.Dan keesOkan hari anda bolehlaa basuh


SELAMAT MENCUBA ! ! ! :)