Luahanku!
Busy!Homework time
BADARIAH KAKAK: Mengandung Gara-Gara Novel

Thursday

Mengandung Gara-Gara Novel

ASSALAMUALAIKUM!
Diambil dari salah satu sahabat dalam FB yang post status ini :
PERKARA YANG PALING DITAKUTI SELAMA INI TERJADI JUA!!
Hal inilah yang sering saya dan kawan-kawan bercakap sejak terbaca novel yang ada unsur yang sepatutnya tidak ditulis atau tidak patut diolah dalam sesebuah buku bacaan . Saya tahu, novel yang ada unsur ini memang laris di pasaran. Tapi kita patut fikir akibat dan hukumnya kepada pembaca dan penulis sendiri. Jangan menulis hanya semata-mata nama!
Sebagai seorang pembaca/peminat tegar novel, memang banyak saya jumpa novel yang ada unsur begini. Kebanyakkannya masih terkawal. Tapi tetap ada juga novel yang tidak terkawal (mengolah hubungan intim suami isteri).
Patut diberi amaran keras kepada penulis dan pembaca. Tak kira penulis di buku atau blog atau mana-mana laman web/laman sosial. Jangan menulis cerita yang hanya untuk keseronokan diri dan pembaca. Kepada pembaca pula, pilihlah novel/buku bacaan yang tiada unsur yang tidak sepatutnya diolah dalam buku/novel.
PERINGATAN KEPADA SEMUA TERMASUK SAYA SENDIRI

4 comments :

  1. Salah novel atau salah pertimbangan diri sendiri? Betul, bahan bacaan boleh mempengaruhi pembaca tapi pembaca juga harus menggunakan akal yang Allah berikan untuk menimbang kesan perbuatan mereka.
    Peringatan untuk Isma yang baru nak berjinak2 dlm bidang penulisan - jangan menulis syok sendiri, fikirkan impak bahan tulisan kepada pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..para penulis jugak harus mengambil berat pasal ini kerana ad sesetengah pembaca ini suka mengikut cara novel...ini yg menyebabkn benda2 mcm nie berlaku

      Delete
  2. Urmm...masih ada golongan yg 'innocent' dan tak mampu berfikir menggunakan pertimbangan yang sepatutnya... lebih memilih nafsu dari harga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul kak Nurul mereka nie yg boleh merosakkan harga diri mereka dan keluarga termsk lh menjatuhkan martabat seorang penulis

      Delete