Luahanku!
Busy!Homework time
BADARIAH KAKAK: February 2014

Wednesday

perkara yg menyedihkan saya pada minggu nie



stressssssssss!!! plus sakit kepala lgi...nie semua gara kem yg akn di adakn pada minggu dpn..adoi ingtkn lps baik deman nk stop pergi kem-kem nie terpaksa n di paksa...klu pergi kena bayar *duit duit suit ingt mak bapak saya nie jutawan ke? ku jutawan pun blom tentu nk pergi!!! idea seorang hamba ALLAH nie merankap kawan baik saya suruh sy bgi alasan yg logik aakal dan diterima...saya dah bgi bnyk alasan tp x diterima langsung pada fikiran sy alasan sy 2 logik lh jgk....huhhuhuhu saya kena jgk pergi mesti kena tinggal aktiviti yg plg saya gemari nie *layari internet/layan blog/twitter/yg utama facebook...nk nangis rse coz x leh nk jalankn aktiviti yg ad jgk sedikit faedah ye dlm 3 hari..huhuhuh...hope novel2 yg saya order sapa sblom kem nie diadakn klu x lgi haru coz x dpt lyn novel *sya seorang gilakn novel #novel cinta or novel seram saya lyn semua...

insyallah klu saya pergi sana dpt ambik gambar sy akn up di blog yg saya sayangi nie sob sob sob 3 hari je :D smile always

Monday

Jom kenal wanita




Jom kenal wanita dengan lebih mendalam ?


  • Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan . Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS) . Amaran : Jangan pernah buat mereka marah pada masa ni kalau tak nak kena makan kasut .
  • Perempuan paling suka berborak . Tidak hairanlah jika kebanyakan perempuan digelar "mulut becok" . Jadilah pendengar yang setia . 
  • Perempuan suka ambil gambar banyak banyak untuk jadikan kenangan . Jadi tak hairanlah kalau dalam tandas  pun mereka nak bergambar hihihi .
  • Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis .
  • Perempuan paling suka makan . Lepasa tu mulalah bising berat badan naik . 
  • Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama , tiga perkara yang ada di fikiran mereka samada mereka rasa boyfriend mengabaikan mereka , boyfriend marahkan mereka atau boyfriend rasa mereka menjengkelkan atau mengganggu .
  • Perempuan sukakan pujian , lebih lebih lagi daripada orang yang mereka sukai .
  • Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat .
  • Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja selepas berkahwin .
  • Bila seseorang perempuan jatuh hati , mereka akan mengatakan kenapa mereka tak jumpa orang itu lebih awal . 
  • Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi , tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula . 
  • Perempuan tak akan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta .
  • Bila perempuan bencikan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama membenci dekat orang tu .
  • Perempuan bila melayan bestfriend mereka , kalah pasangan bercinta sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka . 
  • Bila sedih perempuan suka dipeluk sebab mereka akan rasa selamat .
  • Kadang kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka . Tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat .
  • Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam pada masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja . 
  • Bila perempuan mula cemburu mereka mula boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki . Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik . 
  • Perempuan suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan bukan tentang buah hati mereka . Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun . Risau je lebih . 
  • Walaupun dah banyak baju tetapi masih tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai .
  • Perempuan akan berasa cemburu apabila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan .
  • Jangan tipu kami kerana kami selalu dapat tahu .
  • Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum . Mereka akan menangis secara senyap dan boleh berpura pura ceria semula dihadapan orang ramai . Itu yang dinamakan "fake smile" .
  • Air mata adalah senjata utama wanita .
  • Bila perempuan senyap secara tiba tiba maka hairan lah sebab ada sesuatu yang sedang berlaku di situ .
  • Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu buah hati dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah . Cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan bahawa bahawa mereka dihargai si lelaki .
  • Perempuan dapat mengingat walaupunn perkara kecil jika debandingkan lelaki . Sebab itulah bila lelaki mungkir janji , mereka akan ingat sampai bila bila . Bagi perempuan mudah memaafkan , tapi sukar untuk melupakan . 
  •  Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak . 
  • Walaupun busy macam mana pun tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati . Pasti akan ada perasaan sedih .
  • Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan sesorang ni , tak akan ada peluang kedua . Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti . Jika awak dapat peluang kedua dari seorang perempuan , tolonglah hargainya .





Thursday

Manusia cepat berubah

Manusia cepat berubah?


                                                  Kenapa ye manusia cepat sangat berubah?
Kekadang kita bukan manusia 
yang kuat untuk 
menghadapi setiap dugaan dari nya
Tidak juga terlalu lemah 
hingga bertindak di luar jangkaan.

Kekadang makin kita ingin melupakan 
sejarah lama
semakin ia dekat 
menghampiri di hati dan minda.
Kekadang kita terpaksa 
berpura ceria
untuk mengelak dari terus menangis.

Kekadang kita cuba untuk mengelak dari masalah
tetapi ianya 
bukan satu penyelesaian yang baik.

Kekadang kita selalu bergelak ketawa
tetapi sebaliknya 
hati terus menangis kecewa.

Kekadang kita sangup berkorban 
demi kebagiaan orang lain
sedangkan hati sendiri berduka lara.
Kekadang  tak berniat pun nak mengungkit
tetapi sekadar 
menilai kelemahan diri.
Kekadang kita tak minta pun 
orang balas jasa-jasa kita
tetapi sekadar nak orang hargai 
diri kita seadaanya.
dan kenapa.....
KENAPA MANUSIA CEPAT BERUBAH?!
               

Wednesday

facebook mengancam

 Facebook perosak hubungan ? Ye , betul .. Dengan facebook lah kita akan dapat kenal orang lain , kita akan jatuh hati dan last sekali akan mengundang org ketiga dlm relay .. Tapi pernah terfikir tak ? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan ? So , bukan salah media sosial hubungan kita rosak , tapi salah diri sendiri .. Awak , kalau awak ada facebook and pasangan awak percaya kan awak , kenapa tak guna kepercayaan dia tuh dgn betul ? Kenapa mesti tak cukup sorang ? Kalau dia boleh jaga batas dia bergaul dengan org lain .. Kenapa awak tak boleh ? Rosak nya satu hubungan sbenarnya dari diri kita sendiri , kalau memang sifat setia tuh ada dlm diri , awak mengadap facebook nih 24jam pun tanpa mengabaikan pasangan awak , hubungan tuh akan still bahagia情 Trust me. Semuanya bergantung pada HATI♥

Sunday

Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.

Tema                                                                                                

Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.

Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan

i.        Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.

ii.        Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  

iii.        Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.

iv.        Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.

v.        Tekanan  hidup anak bekas banduan.

Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.


Plot

i.        Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran  di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga  berjaya. Ketika  Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.        Perkembangan

Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga  dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.        Puncak

Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.        Peleraian

Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

i.        Pemerian

Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon.

ii.        Dialog

Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.

iii.        Imbas Kembali

Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

iv.        Kejutan

Contoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.

v.        Saspens

Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.

vi.        Konflik

Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.


Watak utama

Adik

i.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.

ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

iii.        Degil dan keras hati.

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.

iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v.        Panas baran.

Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah  bonda enggan memberikannya.

vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.

Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

vii.        Berpelajaran tinggi.

Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan

Bonda

i.        Ibu tunggal yang kematian suami.

ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii.        Gigih membesarkan anak-anak.

Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.

Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.

v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.

Kak Cik

i.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.        Anak yang bertanggungjawab.

Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa

i.        Waktu pagi

Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.

ii.        Waktu senja

Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.        Waktu malam

Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Latar  Tempat

i.        Rumah Bonda

Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.

ii.        Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.

iii.        Atas katil

Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.

Latar Masyarakat                                                                                                    

i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.

ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya  terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.


Gaya Bahasa

i.        Personifikasi. Contoh:     -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan

ii.        Hiperbola. Contoh:    -    melangit tingg   -    berasap-asap bara meluat

iii.        Sinkope. Contoh :    -     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”

iv.        Pengulangan. Contoh :   -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking

v.        Simile. Contoh:  -     perangainya persis syaitan-     bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.        Peribahasa. Contoh:   -    bersengkang mata -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya

Nilai

i.        Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.        Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.

iii.        Nilai kesabaran.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

iv.        Nilai kegigihan.

Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

v.        Nilai keinsafan.

Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.

vi.        Nilai ketabahan.

Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.

iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.

Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.

iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.

v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.

Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.