Luahanku!
Busy!Homework time
BADARIAH KAKAK: sinopsis novel bisakah aku kau cinta

Tuesday

sinopsis novel bisakah aku kau cinta




“Andai kau pergi kerana zaman silamku ini, sungguh aku redha Asyfar. Aku sedar kekurangan diriku ini. 

Aku tak layak untuk bergandingan denganmu. Namun, jika kau pergi kerana Rina, sungguh sukar untuk 

aku merelakannya. Hati isteri mana yang sanggup melihat sang suami bercanda dengan perempuan lain. 

Sungguh aku tak tega Asyfar.”

Dek kekecewaan yang makin menggunung, Eisya melarikan dirinya jauh dari Asyfar. Di kampung

halamannya, dia mengubat luka di hati. Kehadiran Firdaus dan Asyman mula memberikan semangat

yang baru dalam hidup Eisya. Semakin hari dua insan itu membuatkan hidupnya bersinar. Keakaraban

itu disalah ertikan oleh Asyfar yang mula dihimpit api cemburu.

“Eisya!!! Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Aku lebih rela gantung kau tak bertali daripada aku

lihat kau bersama jantan lain. Jangan haraplah kau akan bahagia atas kesakitan yang aku tanggung ini.

Langkah mayat aku ini dulu. Kau memang takkan bahagialah Eisya!”

Cinta milik Firdaus adalah cinta yang utuh. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Walaupun Eisya masih

isteri orang, dia tetap jua setia menunggu.

“Eisya, walaupun awak isteri orang, saya akan tetap tunggu awak. Datanglah pada saya bila status Puan

itu hilang dalam hidup awak. Saya cintakan awak. Teramat cinta. Saya akan tetap menunggu awak

sampailah saya mati.”

Eisya terpaksa akur. Akur dengan takdir Ilahi. Biarlah takdir yang menentukan siapa yang akan jadi

pemilik hatinya itu.

“Asyfar, BISAKAH AKU KAU CINTAI? Bisakah aku tetap menjadi sang kekasihmu dunia dan akhirat? Jika

aku tak bisa, kau lepaskanlah aku. Dan kau, Firdaus, BISAKAH AKU KAU CINTAI sedangkan aku tak punya

apa-apa yang perlu dibanggakan? Aku ini hanyalah pemilik nama NUR EISYA BALQIS






1 comment :

  1. singgah blog ini :D
    jom singgah sy balik nk?
    http://mydreamhigh123.blogspot.com

    ReplyDelete